Berita SMVK
(Jilid 1 1989/1990)
Kursus Perdagangan mendapat bangunan baru
Kursus perdagangan dengan rasminya telah menduduki kelas baru yang terletak berhampiran dengan gelanggang tenis. Bangunan itu mampu memuatkan empat kelas bagi tingkatan 4 dan 5. Kelas PPN dan PPJ yg sebelum ini terpaksa menumpang di kelas AU dan KFL kini berasa lega kerana telah mempunyai kelas sendiri.
Sebagai pihak yang menumpang, PPN dan PPJ mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap tiada lagi ungkitan kedengaran. Pelajar-pelajar menghadapi beberapa masalah pada permulaannya seperti terlalu jauh dan tangga yang menghubungkan bangunan itu agak curam.Jika ditinjau keadaan di situ adalah menarik terutama pada waktu pagi serta udara yang sungguh segar. Memandangkan kawasan tersebut belum dikemaskinikan maka "cacatlah" segala keindahan yang ada.
No comments:
Post a Comment