BERITA SMV KULIM
(Jilid 1 1989/1990)
360 Orang pelajar baru
Sebanyak 1000 permohonan untuk memasuki tingkatan empat sessi 1990 di SMVK telah diterima dan hanya 360 permohonan sahaja yang berjaya. 270 orang adalah berpangkat A dan selebihnya berpangkat B, C dan S dalam keputusan Sijil Rendah Pelajaran mereka.Pelajar-pelajar baru ini terdiri dari 280 orang pelajar lelaki dan 80 orang pelajar perempuan. Aggreget terbaik ialah 7 unit dan 80% dari pelajar-pelajar baru ini mempunyai aggreget bawah dari 20 unit. Pelajar tingkatan empat dijangka akan melapurkan diri pada hari Sabtu 13hb. Januari 1990 pada jam 8.00 pagi.
No comments:
Post a Comment