Kepada kawan-kawan yg mengunjungi blog ini. Saya ingin berkongsi maklumat kewangan dari link yg berkaitan (link di bawah ruangan sembang-sembang) yg mungkin boleh membantu anda. Anda boleh belajar sesuatu utk faedah diri sendiri dan keluarga. Semoga dengan sedikit bantuan yg diberi mampu membuatkan kita berfikir apakah yg kita lakukan hari ini benar-benar membantu kita dalam menguruskan kewangan dengan bijak.
Saya akan cuba utk menambah maklumat dari masa ke semasa utk rujukan kita bersama. Mempelajarinya kali pertama mungkin kita tidak akan faham dengan jelas apa yg cuba diterangkan namun proses pembelajaran itu tidak akan sempurna sekadar merujuk satu dua sumber. Anda boleh google tajuk yg berkaitan dengan kewangan utk lebih mendalami ilmu pengurusan kewangan. Selain itu anda boleh merujuk buku-buku yg berkaitan yg banyak terdapat di pasaran. Ilmu yg akan anda pelajari tidak ternilai harganya dibandingkan dengan wang yg dibelanjakan utk membeli buku-buku tersebut.
Sesungguhnya belajar itu proses sepanjang hayat...
Sesungguhnya belajar itu proses sepanjang hayat...
No comments:
Post a Comment