"DON'T WALK INFRONT OF ME, I MAY NOT FOLLOW. DON'T WALK BEHIND ME, I MAY NOT LEAD. WALK BESIDE ME AND BE MY FRIEND."


Setia di sisi

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Kepada semua guru-guru yg pernah mendidik kami sepanjang dua tahun kami menuntut ilmu di SMVK, kami  ingin mengucapkan selamat hari guru. Semoga tugas murni cikgu diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Halalkan segala ilmu pengetahuan yg cikgu curahkan utk kami. Maaf andainya kami pernah melukakan hati cikgu sama ada kami sedari atau pun tidak.Kepada cikgu yg telah kembali ke rahmatullah kami kirimkan sekalung doa semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. Sesungguhnya cikgu kami merindui saat kita bersama di SMVK. Andai waktu berputar kembali ingin rasanya menjejakkan kaki sekali lagi namun tak mungkin fantasi menjadi realiti.


Semoga cikgu semua terus tabah meneruskan kerjaya masing-masing tak kira di mana cikgu bertugas. Kepada cikgu-cikgu yg telah bersara semoga ruang waktu ini kehidupan cikgu lebih tenang dan damai. Doa dan harapan dari kami mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan andai kita bertemu lagi ingin kami katakan cikgu semua insan mulia menyuluh jalan disaat kegelapan, menyinari disaat memerlukan, membimbing dikala hidup penuh dugaan dan cabaran. TERIMA KASIH CIKGU...

Saturday, May 15, 2010

ARTIKEL BERKAITAN KEWANGAN

Artikel ini klik di sini mungkin cerita biasa yg kita dengar, kongsi atau baca di majalah suratkhabar dan lain-lain lagi tetapi berapa ramai antara kita yg menyedari dan mengambilkira tentang pentingnya merancang kewangan dengan bijak. Selagi masih ada masa dan peluang utk berbuat sesuatu saya cuma ingin kita semua sama-sama menyedari dan menitik-beratkan tentang pengurusan kewangan.

Artikel ini klik di sini mungkin membuatkan kita berfikir sejenak tentang masa depan kita dan anak-anak kita. Terpulang kepada anda utk bertindak atau sebaliknya. Kepada yg telah mengorak langkah lebih awal dari posting ini dibuat saya ingin ucapkan syabas, semoga saya dan kawan-kawan lain akan mencontohi anda.


Thursday, May 13, 2010

PERJUMPAAN DI KL

YAN

IZA NURUL

KHAIRIAH

SALAWATI
B

AZMIR DAN ISTERI

LIZA DAN B

Gambar ni dah lama sebenarnya tapi tak ingat nak masukkan dalam blog.. kepada kawan-kawan semua harap maaflah yer.. Ini lah wajah-wajah ceria yg hadir masa perjumpaan utk kawan-kawan yg tinggal di KL antaranya Shie, B, Iza, Yan, Salawati, Khairiah, Liza, Azmir dan Manisah tapi Manisah dah balik agaknya itu pasal tak der gambar dia.

Wednesday, May 5, 2010

LINK PENGURUSAN KEWANGAN

Kepada kawan-kawan yg mengunjungi blog ini. Saya ingin berkongsi maklumat kewangan dari link yg berkaitan (link di bawah ruangan sembang-sembang) yg mungkin boleh membantu anda. Anda boleh belajar sesuatu utk faedah diri sendiri dan keluarga. Semoga dengan sedikit bantuan yg diberi mampu membuatkan kita berfikir apakah yg kita lakukan hari ini benar-benar membantu kita dalam menguruskan kewangan dengan bijak.

Saya akan cuba utk menambah maklumat dari masa ke semasa utk rujukan kita bersama. Mempelajarinya kali pertama mungkin kita tidak akan faham dengan jelas apa yg cuba diterangkan namun proses pembelajaran itu tidak akan sempurna sekadar merujuk satu dua sumber. Anda boleh google tajuk yg berkaitan dengan kewangan utk lebih mendalami ilmu pengurusan kewangan. Selain itu anda boleh merujuk buku-buku yg berkaitan yg banyak terdapat di pasaran. Ilmu yg akan anda pelajari tidak ternilai harganya dibandingkan dengan wang yg dibelanjakan utk membeli buku-buku tersebut.

Sesungguhnya belajar itu proses sepanjang hayat...

Tuesday, May 4, 2010

MEMORI SI MANIS 17


Siti Bahayah

Shanti


Nor Jalilah
Rosmina
Mahizan


Nurlizawati & Nurliliwati

Ezatul Farida


Hanisah

Hamidah


Habibah


Hamishah

Faridah

Bahyah


Azah

Rahamah


Salmah


Rodziah


Roszierahima


Haslinda


Roswati


Rohana


Aliah


Zaleha


Azmir


Juriah


Sajaratudur


Junaidah


Sam


Lim Leak Loon


Lim Tze Chin


Ng Phek Leng

SUATU WAKTU DAHULU

Cikgu Anida dan Cikgu Maimunah
Tak pasti gambar ni diambil masa bila yer?? ada sapa-sapa boleh info tak?? Masa nak pergi daki Bukit Mertajam ker pergi mandi di ayaq putih, junjung?? Rasanya nak pergi ayaq putih ni kan..



Jangan buat main, depa block habih jalan nak turun ke bawah.. nak lalu juga kena pau.. hehehe.. sorrylah kengkawan lawak jer.. korang org baik-baik belaka..


sorang tu jer yg tak nak tongkat dagu macam yg lain tu.. napa yer?? mmg bangga dapat ambil gambar depan pintu tu.. org lain tak buat kita buat. manalah pergi yg lain-lain tu.. ruang terhad agaknya tu yg tak ramai boleh join..

Aliah dan Atie di bilik study..best ooo view dari bilik tu..boleh nampak lembah kat belakang tu termasuklah jiran terdekat PPH, Kulim... jgn buat main... nak tau hebat ker tak SMVK ni tengok ler jiran dengan sapa... PPH dan 'berek bujang' belakang sekolah tu ... ada bran??? silap-silap histeria.. waaa!!!!!!..

SELEPAS 19 TAHUN

 



CIKGU ANIDA

ZURAINI

SITI FATIMAH


SITI ZALEHA


RAHAMAH


FATIMAH


ROZMAN


FAIZAL


RIZA

DIN
Kepada semua yg menghadiri perjumpaan di ROUTE 69 saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih. Ucapan terima kasih yg tak terhingga juga utk Cikgu Anida yg sanggup datang dan menunggu sehingga berakhirnya perjumpaan pada hari tersebut. Kepada Faizal terima kasih daun keladi kerana settle bil hari tu utk kami semua..Semoga Allah memurahkan rezeki..amin.