Ada sesiapa yang ingat no pusat peperiksaan SPMV utk SMVK?? sekadar untuk menguji ingatan anda saja... kalau dah lupa, no pusat adalah KL01 dan kalau tak salah lepas tu bermula dengan huruf V dan bersambung dengan no giliran calon yang ambil exam... entah apa no giliran saya pun dah tak ingat.. yang saya ingat dewan peperiksaan ada dua.. satu dalam dewan besar dan satu lagi kelas-kelas yang disatukan jadi dewan peperiksaan bermula dari kelas EK sampailah ke kelas apa yer dah lupa plak...PPU ker?? ker kelas yang mula tu pun saya dah silap hehehe..
Maklumlah dulu-dulu bukannya bebas ke sana-sini macam sekolah menengah biasa... masing-masing pun maklumkan dengan keadaan masa tu macamana... ramai sangat hero di sekolah ni berbanding heroin... bukan senang nak jalan di kawasan 'bawahan' bila diri sering berada di 'puncak kayangan' blok perdagangan tu... bukan meninggi diri tetapi puteri SMVK begitu menjaga adab dan tatasusila gadis melayu yang tidak boleh sembarangan bergaul lepas bebas...
Hatta, kantin sekolah pun bukan menjadi kawasan yang tersenarai dalam tempat-tempat kunjungan puteri-puteri kayangan... kenapalah yer.. sekarang ni pun masih macam tu lagi ker??? kesian orang yg dapat tender kantin tu tak dapat ler nak buat untung lebih sbb majoriti pelajar perempuan masa tu tak pergi ke kantin.. tidak di ketahuilah plak pelajar perempuan yang ambil kursus EN di bawah tu ada ke pergi kantin.. wallahualam.. kena tanya dengan geng-geng EN ni macam Miza, Liza, Kak Dah, Tim, Zra, Hanisah.. kalau ada yg saya terlupa nama maaf lah yer.. opss terlebih sudah..asalnya nak cerita berkenaan no pusat peperiksaan sahaja.
No comments:
Post a Comment