Siapa yg terlibat dalam lawatan ni tak pasti tapi harapnya posting ni dapat membangkitkan kembali nostalgia lama iaitu sebahagian dari aktiviti yg pernah diikuti oleh kawan-kawan kita.
"DON'T WALK INFRONT OF ME, I MAY NOT FOLLOW. DON'T WALK BEHIND ME, I MAY NOT LEAD. WALK BESIDE ME AND BE MY FRIEND."
Setia di sisi
Saturday, February 13, 2010
Friday, February 12, 2010
KOLEKSI GAMBAR KENANGAN KFL

Dlm gambar:
Abu Azlan, Rizal, Shairi, tak ingat, Shahrollnizam Yahya, Faizal Arshad, Jeff, Wan Muhammad Zaki
Saturday, February 6, 2010
SPMV
Ada sesiapa yang ingat no pusat peperiksaan SPMV utk SMVK?? sekadar untuk menguji ingatan anda saja... kalau dah lupa, no pusat adalah KL01 dan kalau tak salah lepas tu bermula dengan huruf V dan bersambung dengan no giliran calon yang ambil exam... entah apa no giliran saya pun dah tak ingat.. yang saya ingat dewan peperiksaan ada dua.. satu dalam dewan besar dan satu lagi kelas-kelas yang disatukan jadi dewan peperiksaan bermula dari kelas EK sampailah ke kelas apa yer dah lupa plak...PPU ker?? ker kelas yang mula tu pun saya dah silap hehehe..
Maklumlah dulu-dulu bukannya bebas ke sana-sini macam sekolah menengah biasa... masing-masing pun maklumkan dengan keadaan masa tu macamana... ramai sangat hero di sekolah ni berbanding heroin... bukan senang nak jalan di kawasan 'bawahan' bila diri sering berada di 'puncak kayangan' blok perdagangan tu... bukan meninggi diri tetapi puteri SMVK begitu menjaga adab dan tatasusila gadis melayu yang tidak boleh sembarangan bergaul lepas bebas...
Hatta, kantin sekolah pun bukan menjadi kawasan yang tersenarai dalam tempat-tempat kunjungan puteri-puteri kayangan... kenapalah yer.. sekarang ni pun masih macam tu lagi ker??? kesian orang yg dapat tender kantin tu tak dapat ler nak buat untung lebih sbb majoriti pelajar perempuan masa tu tak pergi ke kantin.. tidak di ketahuilah plak pelajar perempuan yang ambil kursus EN di bawah tu ada ke pergi kantin.. wallahualam.. kena tanya dengan geng-geng EN ni macam Miza, Liza, Kak Dah, Tim, Zra, Hanisah.. kalau ada yg saya terlupa nama maaf lah yer.. opss terlebih sudah..asalnya nak cerita berkenaan no pusat peperiksaan sahaja.

GURU
Berita SMVK
(Jilid 4/1991)
GURU
Umpama lilin
Kau menerangi kehidupanku
Terkapar-kaparku mencari arah tujuan
Kau datang menyelamatkanku
dari kelemasan
Tanpa balasan pujian dan sanjungan
Kau tidak pernah meminta atau merasa kecewa
Mendidik anak bangsamu
dengan penuh kasih sayang
Terkadang ku akui
Aku kagum dengan perjuanganmu
Tapi apakan dayaku hanya insan biasa
yang tak punya sebarang kelebihan
untukku persembahkan padamu
Lalu hanya ucapan
Terima kasih yang dapat ku berikan
Kepadamu guru tersayang
Sempena Sambutan Hari Guru.
JASAMU TETAP DI DALAM INGATAN KAMI
Keluaran terakhir..
Berita SMVK
(Jilid 4/1991)
Untuk pengetahuan anda semua berita jilid 4 ini merupakan keluaran terakhir hasil buah tangan AJK sessi 1990/1991. Keluaran ini diterbitkan dalam bulan Julai dengan harga cuma 10sen. Kesemua AJK meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada AJK baru sessi 1991/1992 untuk menyambung tugas mereka kerana ada satu misi penting yang akan dihadapi menjelang penghujung penggal persekolahan iaitu peperiksaan SPMV. Khabarnya 11 orang AJK, 2 lagi tak dapat turut serta ke Pulau Pangkor untuk enjoy setelah penat lelah bekerja keras untuk menerbitkan berita smvk.. Itu semua hasil dari jualan berita smvk..
Itulah secebis kenangan yang dapat dikongsikan dari berita smvk untuk anda semua. Tiada apa yang saya harapkan dari posting ini melainkan untuk berkongsi sesuatu yang pernah kita sama-sama berkongsi membacanya suatu waktu dahulu di SMVK.
Friday, February 5, 2010
Dariku untuk mu..
BERITA SMVK
(JILID 3/1990)
Masih ingat tak ruangan dari ku untuk mu??? hehehe... ruangan tuju ucapan tu.. haaaa dah ingat?? ini adalah ruangan akhir dalam berita smvk. Nak kongsi sebahagian dari ucapan-ucapan yang ada dlm keluaran jilid 3 dengan anda semua antaranya:-
Dari: Fatin (Perdagangan)
Kepada: Member-member especially for our Prime Minister(Det)
Ucapan: You all are the best! Jasamu tetap ku kenang!
Dari: Khuzairul (5PPU)
Kepada: Sesiapa yang mengenaliku
Ucapan: Kenang daku dalam doa kalian dan success selalu
Dari: Pelumba Malam (Commerce)
Kepada: Ezatul Farida (Iza)
Ucapan: Happy birthday girl, semoga riang selalu
Dari:Secret Admirer of Scorpio (Perdagangan)
Kepada: Member-member bilik (1) Blok AB dan member-member 3 1/4 di kaki lima.
Ucapan: sampai bila nak bertenggek kat kaki lima???
Dari: Asmira (Commerce line)
Kepada: Imran Ismail
Ucapan: Study hard& good luck in your SPMV
Dari: Pembaca setia Berita SMVK
Kepada: Vokay's boys yg terasa
Ucapan: We ll terpegun dengan budi bahasa anda yg sungguh halusssss....!
Dari: Cikgu Azmah
Kepada: Pelajar-pelajar saya
Ucapan: Tolong siapkan latihan dan kerja rumah yang telah saya berikan.
selamat bercuti dan berehat di rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)