"DON'T WALK INFRONT OF ME, I MAY NOT FOLLOW. DON'T WALK BEHIND ME, I MAY NOT LEAD. WALK BESIDE ME AND BE MY FRIEND."


Setia di sisi

Thursday, April 29, 2010

AIDILFITRI MENGERATKAN SILATURRAHIM

Tarikh 3.10. 2008(Jumaat), hampir dua tahun yg lepas, Yan jemput kawan-kawan datang beraya ke rumah ayah dia di Tepen(Taiping). Kami kawan-kawan yg sekampung pun apa lagi dengan pantasnya membuat kunjungan.. antara yg pi aku ler, Atie, Aliah, Linda dan Watie. Orang yg paling dekat dengan rumah Yan tentulah Atie.. kedua Aliah, ketiga aku, keempat Linda atau Watie.. kesimpulannya kami ni ler antara bebudak Perak yg sambung belajar di SMVKulim.

Masa gambar ni di ambil Linda belum sampai. Tapi Aliah dan Atie masing-masing nak minta diri sebab dah lama kat situ... Aliah terus ke zoo, katanya bawa anak-anak dan keluarga jalan-jalan.. Aku plak baru jer sampai, dan ler bertukar-tukar sampul duit raya...



Si Hero Aliah; Adzfar siap bawa mainan dalam beg plastik.. yerlah mood budak-budak bukan boleh dijangka tiba-tiba dari gelak boleh nangis.. jadi mainan tu sebagai penyelamat suasana bosan anak-anak...


Masing-masing dukung anak yer??.. tapi Watie tu tolong pegang baby aku jer.. Izzah. Sekarang Watie pun dah dapat baby girl juga selepas anak dia yg nombor 2 tu..


Masa ni Watie cakap kang balik ambil dodol yg ayah dia buat..aku punyalah suka sebab tau dodol ayah dia buat sedap.. sudahnya sampai ler balik tak ingat..tak dak rezeki...



Akhirnya lepas Atie dan Aliah balik, Linda pulak sampai.. mmm..kami sambung cerita dalam rumah plak sambil makan-makan.. menu special hari tu satay, nasi impit, kuah kacang dan bihun sup yg memang best!!..

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

4 Perkara menguatkan badan:

  1. makan daging
  2. memakai haruman
  3. kerap mandi
  4. berpakaian dari kapas

4 Perkara melemahkan badan:

  1. banyak berkelamin(bersetubuh)
  2. selalu cemas
  3. banyak minum air ketika makan
  4. banyak makan benda yg masam

4 Perkara menajamkan mata:

  1. duduk mengadap kiblat
  2. bercelak sebelum tidur
  3. memandang yg hijau
  4. berpakaian bersih

4 Perkara merosakan mata:

  1. memandang najis
  2. melihat org dibunuh
  3. melihat kemaluan
  4. membelakangi kiblat

4 Perkara menajamkan fikiran:

  1. tidak banyak berbual kosong
  2. rajin bersugi (menggosok gigi)
  3. berbual dengan orang yg soleh
  4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

  • Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

  • mengiring ke sebelah kanan memudahkan terjaga untuk solat malam

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

  • mengiring ke sebelah kiri untuk mencerna makanan yang banyak dimakan

4. TIDUR SYAITAN

  • menelungkup atau meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

Monday, April 26, 2010

NAK KAHWIN?? JENGOK LER



Kepada kawan-kawan yg masih tercari-cari pakej perkahwinan yg menarik utk persalinan pengantin, jurusolek dan berbagai lagi perkara yg berkaitan sila klik sini Jika sekiranya kawan-kawan sudah pun berumahtangga, anda masih boleh menghadiahkan pakej di atas kepada saudara-mara, sahabat-handai atau sesiapa sahaja yg anda rasakan perlu. Selain dari itu anda juga boleh memperkenalkan pakej tersebut kepada sesiapa yg memerlukan. Jom!! kita sokong perniagaan kawan kita.

Saturday, April 24, 2010

PERJUMPAAN X-VK (UTARA) ALUMNI 90/91

Salam utk semua yg melayari blog.. utk pengetahuan kawan-kawan alumni 90/91 yang tinggal di kawasan utara terutama sekitar Bkt Mertajam, Penang, Kulim dan Sg Petani satu perjumpaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 1.5.2010 (Sabtu)
Masa : 3.00 ptg-5.00ptg
Tempat : ROUTE 69, BANDAR PERDA, BKT MERTAJAM

Beberapa orang telah memberi persetujuan utk hadir. Datanglah bersama keluarga anda sekiranya ingin menyertai perjumpaan tersebut supaya dapat kita mengeratkan lagi silaturrahim. Perjumpaan kali pertama ini adalah perjumpaan tidak formal sekadar utk berkongsi cerita, pengalaman, idea dan pendapat yg boleh kita sumbangkan utk agenda seterusnya iaitu re-union rasmi utk bekas pelajar SMVK alumni 90/91.

Sekiranya ramai yg hadir dan melebihi jangkaan, segala kesulitan dan ketidakselasaan harap dapat dimaafkan. Kepada yg mempunyai akaun Facebook sila layari group Sek Men Vokasional Kulim Alumni 90/91 atau klik sini.

Friday, April 23, 2010

BERITA YG MUNGKIN DILUPAKAN


Mungkin masih ramai yg ingat berita ini iaitu kejadian setahun yg lalu pada 14 April 2009 lebih kurang jam 5.00 pagi dilebuhraya utara selatan. Kejadian berlaku di Rawang apabila bas AB Ekspress terbabas dan melanggar pembahagi lebuhraya. Arwah Zulkhibri sahabat kita pergi utk selama-lamanya.

Lebih mengerikan apabila, mangsa yang maut adalah akibat dari besi pembahagi lebuhraya yang menusuk ke dalam bas dari ruang pemandu sehingga ke bahagian penumpang menyebabkan hampir semua mangsa yang maut, cedera parah dan dalam keadaan yang amat mengerikan.


Mayat terakhir yang dikeluarkan iaitu pemandu pertama, Zulkhibri yang cedera teruk di kepala dan badan. Dua buah kren terpaksa digunakan untuk mengangkat badan bas setelah pasukan penyelamat mendapati, besi pembahagi lebuhraya terpaksa ditarik keluar dahulu sebelum mayat Zulkhibri boleh dikeluarkan. Dan jam 9-20 pagi, mayat Zulkhibri dikeluarkan setelah kren menarik serpihan besi yang tertusuk itu keluar.
AL-FATIHAH
Arwah Zulkhibri Md Saad, 35 dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman..amin.

Tuesday, April 6, 2010

KOLEKSI GAMBAR KENANGAN


Dalam gambar: Arni, Izan, Zakiah dan Siti Bahyah
Gambar Dara Pingitan PPJ. Lokasi belakang Blok Perdagangan. Sebelah kiri belakang tu 'berek bujang' hmmm.... kategori seram juga sekolah kita ni.. Jangan Pandang Belakang!!..
Dalam gambar: Kak Rozie, Siti Bahyah, Zakiah dan Manisah
Macam yg tertulis dlm gambar lokasi di depan dewan besar. Depa pun musykil apa yg dibuat sampai ke situ perginya. Ada yg kata time riadah, yer ker beriadah sampai ke dewan besar?? Memang kategori atlet kalau sampai ke situ perginya...hehehehe... tak pun pergi bilik menaip.. yg itu mungkin le kot.. apa-apa jer lah janji dapat ambik gambar kenangan dengan motor cikgu tu... entah ada ke tidak lg motor tu yer??


Kak Norma, Yati, Zuraidah, Juslyta, Shie, Zulazliza, Zakiah, Siti Bahyah, Mastura dan Izan yang lain-lain tu tak kenal... maaf lah no..
Geng Pengakap dengan cikgu Yusop, cikgu Hamzah, cikgu Zakaria dan cikgu-cikgu yg tak ingat namanya. Maaflah cikgu-cikgu yang namanya tak berapa ingat tu. Kalau ada sesiapa yg ingat habaq mai kat ruangan komen kat bawah tu..
Zulazliza, Yati, Zakiah


Mastura, Izan, Kak Norma, Yati, Zuraidah, Shie, Juslyta, Zulazliza, Zakiah, Siti Bahyah dan seorang sahabat lelaki yg dikenali itupun setelah berFB; Dave (EN)..
Terima kasih utk Zakiah dari kelas PPJ yg sumbangkan gambar-gambar ni. Budi baik mu tetap dikenang. Kalau ada lagi gambar-gambar yg boleh dikongsikan di sini saya sangat berbesar hati utk memuat naik di dalam blog ini sebagai kenangan yg boleh kita kongsikan bersama. Terima kasih kawan!!..