"DON'T WALK INFRONT OF ME, I MAY NOT FOLLOW. DON'T WALK BEHIND ME, I MAY NOT LEAD. WALK BESIDE ME AND BE MY FRIEND."


Setia di sisi

Thursday, December 31, 2009

KENANGAN ITU..

Biarlah gambar yg membicarakan kenangan terindah suatu waktu dahulu... sama-sama kita kongsi kenangan itu di sini andai sekeping kad tanda harapan sekolah kepada kita di penghujung tahun 1991 tiada lagi dalam simpanan untuk tatapan..

Guru-guru yang pernah berjasa mendidik kita menjadi insan-insan hebat hari ini...

Monday, December 7, 2009

CUTI SEKOLAH...

Nampaknya belum ada kesempatan nak buat gathering kat utara ni sbb busy dok balik kg sejak mula cuti sekolah ni... sana-sini kenduri.. sepanjang jln ada jer bunga manggar kat kiri-kanan jalan... kalau tak baca betul-betul nama pengantin...elok dah kenyang makan tiba2 bila rombongan pengantin sampai awat rasa pengantin macam dah transform jadi tinggi lampai, hidung mancung, siap ada lesung pipit.. hmm sapa nak jawab???... minta halal jer la.. mula-mula sampai tadi ingatkan salam ngan ayah tiri atau mak tiri pengantin sbb dulu masa mula-mula berkenalan lain rupa ayah dgn mak dia... rupa-rupanya mmg dua-dua tu ayah dgn mak tiri belaka... haru...

Kenduri kawin satu hal.. majlis berkhatan pun meriah juga... setakat ni belum ada saudara-mara yg buat majlis yg meriah utk khatankan anak-anak,buat ala kadar jer... kepada kawan-kawan yg dah selamat mengkhatankan anak lelaki masing-masing tahniah sbb dah menempuh fasa baru dalam kehidupan berkeluarga... sesungguhnya terlalu indah setiap detik yg kita tempuhi... walaupun tak semua seperti yg diharapkan tapi itulah realiti sebuah perjalanan kehidupan...

Kepada kawan-kawan yg menyambut kaum keluarga yg kembali dari tanah suci Makkah, semoga semuanya berjalan dgn lancar dan sihat adanya... mudah-mudahan panggilan agung mengetuk pintu perjalanan hidup kita pada tahun-tahun akan datang insyaallah...